Bengkel Buat Blog #1 dan pelancaran Ebook Belajar Buat Blog

1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah...

Dengan izin Allah S.W.T.. pada hari Sabtu baru-baru ini (23 Jan 2017), kami berjaya menganjurkan Bengkel Buat Blog #1 dan sekaligus melancarkan Ebook Belajar Buat Blog.


Bengkel Buat Blog #1
Bengkel Buat Blog #1
Bengkel buat blog yang julung-julung kali ni diadakan melibatkan masyarakat setempat ini, telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Internet 1Malaysia Bagan Nakhoda Omar.


Fasilitator Bengkel Buat Blog
Para peserta tekun mendengar penerangan yang disampaikan oleh Fasilitator.

Seramai 13 orang peserta telah menyertai bengkel ini.

Kebanyakan peserta terdiri daripada remaja yang masih bersekolah, dua orang veteran, dan 3 orang belia.

Jadilah untuk permulaan.. Bersesuaian dengan kapasiti tempat dan bilangan komputer yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia Bagan Nakhoda Omar ini.

Suasana di Bengkel Buat Blog #1, Pusat Internet 1Malaysia Bagan Nakhoda Omar

Syukur Alhamdulillah di atas komitmen yang diberikan oleh para peserta. Masing-masing nampak bersemangat bila mengetahui kelebihan memiliki blog sendiri... Terutamanya bahagian cara nak buat duit melalui blog..







Para peserta mendengar penerangan dan contoh yang disampaikan oleh fasilitator..

Bila peserta bersemangat... Fasilitator juga turut bersemangat... ;)

Walaubagaimanapun, bengkel ini hanya berlangsung tak sampai sehari.. Bemula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang...

Jadi, para peserta tak sempat nak exlore habis tentang blog yang telah mereka hasilkan... 

Walaubagaimanapun, mereka tak perlu risau... setiap peserta ada dibekalkan dengan sebuah ebook bertajuk Belajar Buat Blog. Jadi, mereka boleh menggunakan ebook tersebut sebagai modul pembelajaran... untuk explore dengan lebih mendalam tentang blog masing-masing.

Berminat nak dapatkan Ebook Buat Blog? Boleh download secara Percuma dengan klik pada banner di bawah... 


Setelah berkahirnya bengkel buat blog... Tibalah sesi pemberian sijil dan cenderahati kepada setiap peserta..

Para peserta menerima Sijil Penyertaan dan Cenderamata yang disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Bagan Nakhoda Omar

Dengen berakhirnya bengkel buat blog #1 ini,  secara tidak langsung saya telah melancarkan sebuah ebook bertajuk belajar buat blog...

Syukur Alhamdulillah...  
Sememangnya inilah tujuan ebook ini dihasilkan..
Bukan untuk dijual...
Tapi untuk dijadikan sebagai modul pembelajaran dalam bengkel penulisan blog...

Sesi Bergambar kenangan dengan peserta Bengkel Buat Blog #1 

Terima kasih diucapkan kepada encik Tarmizi dan puan Robiah Binti Zakaria kerana sudi menjemput saya dalam program ini...

Terima kasih juga buat Pengurus Pusat internet 1 Malaysia Bagan Nakhoda Omar dan para peserta yang sudi menghadiri bengkel ini... 

P/s : cuba tengok kombinasi warna baju yang saya pakai pada hari kejadian.... Match tak dengan kombinasi warna ebook? ;)

1 ulasan:

  1. Setiap kali muncul perkataan Bagan Nakhoda Omar, saya mesti terbaca Noh Omar... Ada kaitan ke? Kawasan macam dah dekat

    BalasPadam